Posts

Showing posts from March, 2019

Mengapa Bantal Perlu Diganti?

Image
Bantal merupakan teman karib saat anda ingin berehat. Tetapi tahukah anda bantal yang anda gunakan setiap hari juga merupakan sarang bakteria dan serangga2 kecil? Bukan hanya sarung bantal yang perlu dicuci secara rutin, bahkan bantal juga ternyata mempunyai tempoh penggunaan sepatutnya. Sayangnya kita sering menggunakan bantal lebih lama dari tempoh tersebut. Di laman web Nationalgeographic.co.id pada link berikut  http://nationalgeographic.grid.id/read/131598460/belum-pernah-ganti-bantal-beberapa-hal-ini-bisa-saja-anda-alami beberapa pakar menyarankan agar kita mengganti bantal secara berkala paling tidak sekali dalam tempoh 2 tahun. Manakala di laman web ini  https://www.rumah.com/berita-properti/2016/8/131785/wajib-ganti-bantal-6-bulan-sekali Dr Robert Oexman selaku Director di Sleep to Live Institute menyarankan pemilik rumah untuk menggantikan bantal di kamar tidur mereka paling kurang dalam tempoh enam bulan sekali. Berikut adalah sebab mengapa b...

Bersama DAG 2018

Image
Bermula join DAG dari tahun 2017 secara rasmi nya sebagai Reseller memang banyak juga la kenangan pahit dan manis. Alhamdulillah di atas segala turun naik buat bisnes bantal ni walaupun santai2. Kak L memang belum mampu nak beri full commitment lagi. Kak L buat setakat yang termampu untuk kerja hakiki di sekolah yang sedia ada tu dan juga tanggungjawab terhadap keluarga. Nak cerita nya, pada tahun 2018 DAG telah melaksanakan kempen tukar bantal lama dengan bantal baru H CLASSIC sepanjang bulan Ramadhan. Terima kasih kepada pihak DAG, Boss Tuan Das atas inisiatif ini untuk membantu Reseller meningkatkan sales sebelum Hari Raya.😉  Kak L ambil peluang tersebut untuk mencari lebih ramai customer. Pada mula nya tak yakin nak join kempen ni tapi perasaan nak mencuba tu sangat kuat so Kak L pun join la jugak. Dipendekkan cerita, setelah share kan kepada semua kawan2 dan family tentang kempen ni melalui whatsapp dan FB, sambutan amat menggalakkan. Suami pun tolong berkempen kepada j...

JANGAN LEBIH MASA DI PEJABAT?

Image
Gambar dari FB siakap keli Sedikit pesanan  buat kita semua yang terlampau obses dengan kerja.. Huhu.. 1. Ada orang kagum kerana tidak pernah habiskan cuti tahunannya. Setiap tahun cuti tahunannya berbaki banyak sekali. 2. Ada orang berbangga,  dia balik paling lewat kerja. Kunci pejabat dia pegang punya. 3. Ada orang berbangga tidak pernah ambil cuti sakit. Doktor nak beri cuti, katanya client sedang menunggu proposalnya. Kawan, 4. Bekerja adalah proses yang tidak pernah habis, tidak akan selesai. 5. Tumpuan pada kerja penting,  tetapi tumpuan pada keluarga lebih utama. 6. Jika kita sakit atau kecewa, bukan bos,  client dan majikan akan bantu kita.  Tetapi keluarga akan menjaga dan merawat kita. 7. Hidup ini bukan soal kerja,  majikan,  bos, client dan KPI sahaja. Kita juga perlu bersosial, berkawan,  minum dan jalan petang dengan keluarga dan kawan kawan. 8. Jika majikan selalu suruh kita kerja lebih masa.  Boleh jadi ...

Sakit Datang Tidak Dijemput

Image
Langit tidak selalu nya cerah. Lautan pun tidak selamanya tenang. Ini kan pula manusia yang lemah. Ada masa nya akan jatuh sakit. Mungkin sakit ringan atau mungkin terus kritikal. Allahu 'alam atas segala apa yang berlaku ke atas hambaNya. Tiada siapa yang minta nak sakit, betul kan? Kadang elok tengah buat aktiviti seharian pun boleh terkena serangan jantung. Nauzubillahi minzalik. Setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita merupakan tanda kasih sayangNya dan tarbiah buat kita sebagaimana dijelaskan dalam hadis daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan ujian untuk mereka.” (HR Ibnu Majah) Cerita nya hari ni Kak L nak ke Johor untuk menziarah pakcik yang diserang strok. Terkejut kami sekeluarga masa dapat berita tu. Sebab pakcik ni tak pernah ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sewaktu dengan nya. Kami dimaklumkan pakcik diserang strok sebelah kanan sahaja semasa nak bangun ...

Jalan2 Cari Makan di Kelantan

Image
Hari ni dah nak bertolak pulang ke sarang. Doakan kami selamat sampai ke destinasi yang dituju.✌😊 Sepanjang berada di kelantan beberapa hari tu sempatlah menyinggah mencari makan yang best2 sebelum balik shah alam. Nanti asyik teringat pula.😆 Ada lagi yang tak sempat pegi pun sebab kekangan waktu. Huhuhu.. Destinasi terakhir semalam adalah ke rumah bakal pengantin yang akan bernikah pada 28/3/19, hari Khamis. Memandangkan tak sempat nak tunggu tarikh tu, jadi kami sekeluarga pergi awal untuk berjumpa pengantin.😁 Gambar dengan pengantin si tudung hijau                   Gambar dari FB sebab terlupa nak snap sebelum makan.. Hahaha.. Medan selera ni di Kubang Kerian. Sebelah pustaka intan. Kat bawah ni pula gambar makan di Warung Pok Mat Pulau Pisang.. Last sekali sebelum sampai rumah singgah beli etok. Korang kenal etok tak? Kalau dah dapat makan etok memang khusyuk la, tak menoleh dah.👍😋         ...

Beza H-Classic & H Class-Pro

Image
Bantal dari produk hotel collection oleh DAG banyak jenis untuk anda pilih. Hari ini saya nak kongsikan tentang perbezaan antara bantal H Classic dan juga H Class Pro.  Bantal H -Class adalah koleksi bantal 4 Bintang. Kualiti polyester bantal ini sangat hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang ada penyakit   asma. Isian bantal ini lembut dan gebu kerana ia dihasilkan dari bahan yang empuk. Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak   panas Mudah untruk dicuci & dijaga. Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang akan menyebabkan   bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik. Kelebihan bantal ini boleh   dibasuh menggunakan washer machine. Dicadangkan washer machine front door. Bantal H Classic permintaan tinggi, telah terjual 800,000 biji. H Classic Seterusnya bantal H Class Pro. Bantal ini terdiri dari material fiber yang lebih halus dan diperbuat menggunakan teknol...

Kitaran Tidur

Image
Anda pernah dengar tentang Kitaran tidur atau Sleep Cycle?  Kitaran tidur ialah fasa tidur di antara REM dan fasa tidur Non-REM. Pada manusia kitaran ini mengambil masa 1-2 jam.  Circadian rhythm (CR) adalah kitaran waktu tidur dan jaga dalam masa 24 jam. CR pada prinsipnya menjadikan malam sebagai waktu tidur dan sedikit masa pada waktu siang iaitu daripada pukul 2 hingga 4 petang.                               Gambar dari Google Terdapat dua fasa tidur iaitu:  1. Fasa REM (Rapid Eye Movement)  2. Fasa Non-REM atau tidur gelombang perlahan (slow wave sleep).   Fasa tidur REM berlaku setiap 90 minit dan setiap malam akan terdapat 4-6 kitaran fasa tidur REM dan fasa tidur Non-REM yang berlaku secara bergilir.   Semasa fasa REM, pergerakan mata kita adalah cepat. Pada fasa ini mata kita kurang berehat dan  kita juga mengalami mimpi apabila kita tidur.  Walau ba...

Cabaran hari ke-13

Image
Memang mencabar nak teruskan penulisan secara konsisten. Tambahan pula Kak L tengah bercuti dan terpaksa menulis blog ni menggunakan handphone.😭😭😭 Jadi story hari ni adalah tentang kenduri kahwin. Kak L pulang ke kelantan ni sebab sepupu buat majlis kahwin. Majlis di pihak lelaki iaitu pihak kami pada hari ni 24/3/19. Sepupu baru Kak L ni orang Perak. Maka bertambah lagi lah salasilah keluarga kami di luar negeri kelantan. Tahniah korang berdua!! Simple kan kalau korang tengok pakaian pengantin. Sempoi..😎 Gambar bersama pengantin Owh,korang nak tanya menu kenduri ke? Di kelantan ni kebiasaan nya untuk majlis sebelah lelaki tiada kenduri besar pun, hanya di sebut kenduri kesyukuran atau sambut menantu. Maka menu yang biasa dihidangkan adalah laksam, laksa, nasi putih + gulai ayam, nasi putih + ikan singgang @ sup. Sedap kan? 😋 Hari ni ada tapai juga. Tapai pulut tu bukan tapai ubi. Korang zoom sikit gambar di bawah ni nanti nampak ada bungkusan daun tu. Tu la tapai. Dibungk...

ISTIQAMAH

Image
Istiqamah asal nya dari perkataan bahasa arab. Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa. Dengan erti kata yang mudah faham, istiqamah ni ialah "KONSISTEN" dalam tindakan. Dalam Islam, istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.  Buat apa kita nak istiqamah ni? Mesti la ada sebab nya. Betul tak? Antara sebab nya kerana : 1- Istiqamah menjadi tuntutan agama.  Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya . (Surah Fusilat Ayat ' 6) Ertinya:  Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaaNya)..... 2- Istiq...

Cuti Musim Panas

Image
Bukan main lagi tajuk hari ni kan. Walaupun Malaysia tiada salji, tiada bunga2 sakura tapi tetap ada musim juga.. Korang tak tahu ke?😝 Meh nak bagi tahu. Malaysia ada musim panas, musim tengkujuh, musim buah.. Hehehe.. Nak dijadikan cerita cuti sekolah yang akan bermula esok ni kami sekeluarga merancang untuk pulang ke kampung halaman ibu kami di kelantan. So ada kaitan la kan cerita saya dengan tajuk di atas?😉 Sepanjang perjalanan kami tadi memang terasa bahang cuaca panas. Suhu mencecah 34°c mengikut apps di link berikut https://www.accuweather.com Susah jugak nak rancang aktiviti bila cuaca panas. Bimbang kesihatan anak2 pun ye jugak. Puas berleter suruh minum air sebab takut dehydrated. Budak memang la liat nak disuruh telan air masak banyak2. Petang ni semua kepenatan lagi. Jadi rehat di rumah dulu untuk kembalikan tenaga. Siapa yang kampung jauh tu tahu la bagaimana perjalanan nya. Badan memang penat walaupun tidur je dalam kereta. Hahaha.. Eh, anak2 la yang tidur. Say...

Janganlah Bersedih

Image
Anda sedang bersedih? Semua orang pernah melalui fasa kesedihan dalam kehidupan mereka. Kesedihan hadir kerana banyak sebab. Boleh jadi dia sedih kerana gagal mencapai matlamat hidupnya. Boleh jadi juga dia sedih kerana kehilangan insan tersayang. Boleh jadi juga dia sedih kerana dikecewakan. Semua asbab kepada kesedihan itu sebenarnya adalah bentuk ujian daripada Allah. Ujian yang akan mendorong kita menjadi lebih sabar, tabah, redha dan pelbagai lagi natijah yang baik sebenarnya jika kita menerima dengan positif. Ujian Allah berbeza-beza untuk hamba2Nya. DIA tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka. Surah al-Baqarah ayat 286 Normal untuk manusia bersedih atas ujian yang dihadapinya. Sekuat dan sekental mana pun hati seseorang itu menghadapi ujian yang berat, dia pastikan akan menangis juga. Tangisan bukan bermakna kita lemah. Tangisan merupakan "ubat" yang membantu merawat  kesedihan. Tetapi usahlah ditangisi berterusan kesdihan itu. Ingat.. !! Allah sen...

Musim Bunga di Korea

Image
Gambar dari Google Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk (Winter), Musim Bunga (Spring), Musim Panas (Summer) & Musim Luruh (Autumn). Jika anda melawat Korea, sekarang adalah waktu yang terbaik kerana musim bunga akan menjelang tiba iaitu pada akhir bulan Mac sehingga awal bulan Mei nanti.  Salah satu perkara yang menarik kalau melawat Korea pada musim bunga ni korang boleh menikmati keindahan bunga seperti bunga Sakura, Forsythia, Azaleas, Magnolias, Lilacs dan Cherry Blossoms.Tiber saya boleh berminat pulak nak tulis pasal Korea kan. Cuba teka sebab apa hari saya cerita tentang Korea dan Spring?😄    Eh, korang jangan salah faham pulak. Saya bukan travel agent. Hahaha..  Nak jadi cerita nya saya sebut pasal musim Spring kat Korea ni s ebab nya  sekarang ni Das Abdul Global sedang memperkenalkan Bedding set Korean. Sempena ulangtahun perkahwinan CEO DAG dan isterinya, maka produk DAG HOME yang baru ni bakal dilancarkan. Sebelum launching kami ope...

Aku Si Penjual Bantal

Image
Dah lewat macam ni la biasa nya saya baru ada waktu free nak menulis. Hari ni pula sakit kepala sebab tersalah minum nescafe over susu kot. Kadang minum ok je, tapi kadang2 memang akan sakit kepala. Tengah fikir nak tulis apa sekarang ni teringat semula kenapa saya boleh terjebak dengan aktiviti membantal. Sesi sharing lagi hari ni. Harap tak bosan la baca ye.😄 Dulu orang tanya "Ko menjual apa?". Segan je nak jawab kan. Maklumlah jual bantal dulu2 orang tengok macam tak ada CLASS pun agak nye. Macam pelik pun ye jugak. Bantal orang boleh beli kat pasaraya kot. Dah kenapa saya sibuk nak jual. Bantal satu warna je, orang tak kan teruja nak beli macam jual kain pasang.  Kalau sekarang orang tanya soalan yang sama, saya akan jawab dengan bangga nya "SAYA JUAL BANTAL HOTEL DAG"..💖💖 Konfiden je kan. Kalau la bantal tu boleh lipat masuk poket, nak aje bawa ke mana2. Hahaha..  Masa nak buat keputusan untuk jual bantal ni memang rasa tidur tak lena tidur 7 hari 7 malam...

Monday Blues

Image
Gambar dari google Biasa nya hari isnin ni mood nye lain macam. Antara dua je, samada suram atau ceria.. Kalau bangun pagi dengan mood yang baik dan ada rasa syukur maka sepanjang hari semua berjalan dalam keadaan baik sampai lah ke waktu tidur semula. Tapi kalau bangun pagi dah start dengan perasaan marah, sepanjang hari mood kita akan terganggu. Ada je perkara yang kita nak hangin.😔😔 Macam tu jugak dengan anak2 kita. Setiap hari tugas berdiri di pagar sekolah menyambut kedatangan anak2 murid memang mencabar. Pelbagai ragam ibu ayah dan anak2 yang boleh dilihat.  Apa yang mencabar tu? 😰 Haaa.. ada murid yang tak nak turun kereta, yang berguling depan pagar, tarik baju mak tak nak lepas, yang meraung tak nak masuk kelas. 😂 Alhamdulillah sekarang dah kurang tapi masih ada yang begitu. Sabor je la ye dak..? Apa yang saya boleh share kan pada parents tu untuk cuba tips guna minda separa sedar anak tu. Masa anak hampir terlena tu, cakap kat anak apa yang mak ayah nak dia b...

Gotong- royong di hari minggu💪💪

Image
Hari ahad biasa nye mengemas rumah dan masak2 ke kan untuk family. Tapi minggu ni ada tugasan pula, di sekolah..😢😢 maka bangun pagi siapkan la anak2 sekali sebelum pergi bergotong royong dengan ibubapa di sekolah. Tengah bersiap ni ada yang wassap nak bantal. Alhamdulillah... Rezeki nak datang tak kira masa.😍😍 Ni la yang Kak L sebut kita kalau berniaga tawakal kepada Allah tu lebih lagi. Orang tak berniaga memang tawakal jugak tapi lain feel nya tu. Korang jangan kecam akak, pulak. Ok jom pergi sekolah!! Malas la nak cerita panjang2 program hari ni. 😜 Suasana bergotong royong tu korang pun tahu camana rupa nya kan? Maka setelah 2,3jam buat kerja mengemas apa yang patut ada majlis penutup pula. Bila dah dapat duduk baru la terasa ada sakit situ sini. Kaki tiba2 pula rasa lain macam. Esok pagi nak sekolah ni. Jangan macam2 weh..😅😅 Harap esok semua murid behave la. Tak daya dah nak mengangkat, dokong pepagi. Cuaca pun panas betul dari pukul 10 pagi tadi. Sekarang ni lagi ter...

Sambungan Entri Pertama

Image
Nak sambung cerita sikit dari entri pertama dulu camana Kak L boleh terjebak dengan aktiviti membantal ni. 😉 Selepas dah berjaya menjadi reseller DAG, Kak L giatkan lagi usaha untuk memperkenalkan bantal ni kepada kawan2 dan juga sedara mara terdekat. Kita ni bila berniaga stok ada kat tangan rasa konfiden nak cerita kat orang. Tambah pulak kita sendiri dah guna kan bantal tu. Best ke tak best, kita boleh share dengan orang lain. Mula2 memang menung jugak fikir camana nak ambil stok banyak sebab tempat nak simpan x de.😂😂😂 Tak pe, usaha sumbatkan jugak la stok tu kat rumah. Maka siapa yang datang rumah Kak L nampak la bantal2 putih gebu tu kat ruang depan pintu.😆😆 Gambar dengan GML DAG suatu masa dahulu Masa kami start membantal ni orang belum kenal sangat lagi jenama DAG.. Brand ni kira baru la jugak. Papan iklan kat highway yang korang nampak tu pun belum naik lagi masa tu. So nak gain trust prospek tu susah la jugak. Tapi alhamdulillah akhirnya orang kenal jugak Kak ...

Jumaat yang mendung

Image
Setelah selesai tugasan di sekolah hari ni saya baru berkesempatan nak buka facebook dan whatsapp.  Ya Allah, sedihnya dapat berita tentang kes tembakan di Christchurch, New Zealand. Saya kuatkan semangat juga nak buka dan tengok sendiri video yang dishare. Kejadian berlaku di dalam masjid, pada jam 1.40 petang waktu di sana. Kata nya waktu solat Jumaat. Penyerang seorang lelaki aussie yang berusia 28 tahun telah masuk dari pintu hadapan masjid mula menembak 2 orang jemaah yang berada di situ. Kemudian dia terus menuju ke tengah ruang solat di mana ramai jemaah masih ada. Di halakan lagi senapang menembak semua yang berada di situ. Bukan satu, dua das tembakan tapi berpuluh. Yang telah tumbang ditembak pun dia tak puas hati lagi, lalu di halakan senapang dan melepaskan tembakan tu berkali-kali lagi. Allah..... tak tahu nak gambarkan perasaan tengok video yang di share tu. Kejam nya, seperti tiada perasaan. Dia buat live ye dari mula kejadian tu. Ada sumber mengatakan memang dia...

Perniagaan Itu Tarbiah

Image
Entry hari ni Kak L tertarik nak cerita apa hikmah yang tersembunyi daripada berniaga. Bagi Kak L, selain dari untuk mencari pendapatan sampingan, perniagaan sebenarnya adalah tarbiah untuk diri kita. Tarbiah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri mencari redha Allah. Orang yang berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka meletakkan kebergantungan rezeki itu sepenuhnya kepada Allah untuk mendapatkan hasil jualan. Walaupun banyak berniaga online,tapi ada perkara telah mengubah pemahaman Kak L tentang konsep rezeki. Apabila kita berniaga, kita harus percaya Allah adalah pemberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA. Kita hanya akan buat kerja dan terus berusaha. Dengan berniaga, kita akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia. Kita dapat belajar bagaimana untuk berhubung dengan manusia melalui cara yang berbeza. Selain itu, akan terbina ukhwah dan silaturrahim. Kita akan kenal ramai orang baru yang terdiri daripada setiap lapisan ma...

Tidur Berkualiti

Image
Hari ini mari baca apa Kak L nak share tips tidur berkualiti yang anda boleh cuba. 1. WAKTU TIDUR YANG TETAP Biasakan diri anda untuk tidur pada waktu yang tetap setiap malam. Jika telah terbiasa, badan kita akan faham rutin tersebut. Seperti kata pepatah " Alah bisa, tegal Biasa". Elakkan dari tidur yang lama pada waktu siang (kecuali tidur sebentar sebelum waktu Zohor mengikut mengikut sunnah Rasulullah SAW). 2. BERSENAM Senaman secara teratur pada setiap petang dalam tempoh 15-30 minit boleh membantu menghilangkan ketegangan badan. Dengan melakukan senaman secara konsisten pasti anda akan tidur lena sebelah malam nya. 3. TEMPAT TIDUR Pilihan bantal dan tilam yang selesa sangat penting. Bantal yang sesuai dapat membantu anda tidur dengan baik. Bantal tidur yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan leher anda terlalu condong ke depan dan berlaku ketegangan otot di bahagian leher belakang serta bahu. Akibatnya, leher terasa kaku dan sukar digerakkan ketik...

Pertemuan pertama

Image
Assalamualaikum.. hai semua!! Jom sahut cabaran COO Das Abdul Global, Madam Sapinah binti Muhammad. Lama nye, kak L tinggalkan dunia blog ni.. kini kembali semula. Sebenarnya nak share dengan korang camana kak L boleh terjebak dengan bisnes bantal ni. Semua nya bermula pada penghujung tahun 2016 semasa berpantang lepas melahirkan anak yang ketiga. Terdetik nak tambah lagi produk bisnes yang sedia ada. Oh ya, sebelum jual bantal ni kak L memang dah banyak jual produk lain. Antara nya : pakaian, skincare dan makanan. So bila nampak je kawan kak L selalu share tentang bantal hotel ni, rasa macam sesuatu yang baru untuk di cuba sebab masa tu jarang atau memang tak ada lagi orang jual bantal online(ntah2 akak je yang syok sendiri). hahaha.. Maka kak L pun mula la wassap kawan kak L tu. Beliau adalah Grand Master Leader DAG sekarang, Puan Raja Izni Munirah @ kak yah. Syok weh tengok dia, cerita tentang bantal setiap hari. Teruja nak cuba. Maka dipendek kan cerita, beliau minta, kak L...