Cuti Musim Panas

Bukan main lagi tajuk hari ni kan. Walaupun Malaysia tiada salji, tiada bunga2 sakura tapi tetap ada musim juga.. Korang tak tahu ke?😝 Meh nak bagi tahu. Malaysia ada musim panas, musim tengkujuh, musim buah.. Hehehe.. Nak dijadikan cerita cuti sekolah yang akan bermula esok ni kami sekeluarga merancang untuk pulang ke kampung halaman ibu kami di kelantan. So ada kaitan la kan cerita saya dengan tajuk di atas?😉

Sepanjang perjalanan kami tadi memang terasa bahang cuaca panas. Suhu mencecah 34°c mengikut apps di link berikut https://www.accuweather.com

Susah jugak nak rancang aktiviti bila cuaca panas. Bimbang kesihatan anak2 pun ye jugak. Puas berleter suruh minum air sebab takut dehydrated. Budak memang la liat nak disuruh telan air masak banyak2. Petang ni semua kepenatan lagi. Jadi rehat di rumah dulu untuk kembalikan tenaga. Siapa yang kampung jauh tu tahu la bagaimana perjalanan nya. Badan memang penat walaupun tidur je dalam kereta. Hahaha.. Eh, anak2 la yang tidur. Saya ni waze tanpa bateri kena berjaga.😅

Ni entry hari ke 11 cabaran daripada Puan Sapinah, COO DAG.. Korang doakan saya konsisten dapat menulis blog ni ye.. Jumpa esok dengan cerita yang lebih menarik InsyaAllah..

Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro