Kitaran Tidur
Anda pernah dengar tentang Kitaran tidur atau Sleep Cycle? Kitaran tidur ialah fasa tidur di antara REM dan fasa tidur Non-REM. Pada manusia kitaran ini mengambil masa 1-2 jam. Circadian rhythm (CR) adalah kitaran waktu tidur dan jaga dalam masa 24 jam. CR pada prinsipnya menjadikan malam sebagai waktu tidur dan sedikit masa pada waktu siang iaitu daripada pukul 2 hingga 4 petang.
Gambar dari Google
Terdapat dua fasa tidur iaitu:
1. Fasa REM (Rapid Eye Movement)
2. Fasa Non-REM atau tidur gelombang perlahan (slow wave sleep).
Fasa tidur REM berlaku setiap 90 minit dan setiap malam akan terdapat 4-6 kitaran fasa tidur REM dan fasa tidur Non-REM yang berlaku secara bergilir.
Semasa fasa REM, pergerakan mata kita adalah cepat. Pada fasa ini mata kita kurang berehat dan kita juga mengalami mimpi apabila kita tidur. Walau bagaimanapun biasanya ketika fasa ini kita lebih sukar dikejutkan.
Berbeza dengan fasa tidur REM, fasa tidur Non-REM adalah tidur yang nyenyak atau lena. Sekiranya kita dalam keadaan letih, kita akan mengalami tidur Non-REM yang panjang ketika mula masuk tidur. Tiada pergerakan anggota badan ketika tidur pada fasa ini. Jangka masa tidur REM akan berkurang setelah badan berehat.
sumber : www.faktasains.com

Comments
Post a Comment