Mengapa Bantal Perlu Diganti?

Bantal merupakan teman karib saat anda ingin berehat. Tetapi tahukah anda bantal yang anda gunakan setiap hari juga merupakan sarang bakteria dan serangga2 kecil? Bukan hanya sarung bantal yang perlu dicuci secara rutin, bahkan bantal juga ternyata mempunyai tempoh penggunaan sepatutnya. Sayangnya kita sering menggunakan bantal lebih lama dari tempoh tersebut.



Di laman web Nationalgeographic.co.id pada link berikut  http://nationalgeographic.grid.id/read/131598460/belum-pernah-ganti-bantal-beberapa-hal-ini-bisa-saja-anda-alami beberapa pakar menyarankan agar kita mengganti bantal secara berkala paling tidak sekali dalam tempoh 2 tahun.

Manakala di laman web ini https://www.rumah.com/berita-properti/2016/8/131785/wajib-ganti-bantal-6-bulan-sekali Dr Robert Oexman selaku Director di Sleep to Live Institute menyarankan pemilik rumah untuk menggantikan bantal di kamar tidur mereka paling kurang dalam tempoh enam bulan sekali.

Berikut adalah sebab mengapa bantal anda perlu segera diganti dengan yang baru.

1. Bisa memicu jerawat
Penyebab terjadi nya jerawat banyak, namun siapa sangka jika bantal juga menjadi salah satu sebab. Anda mudah terdedah kepada bakteria penyebab jerawat ketika sering menempelkan kulit wajah pada benda yang kotor, termasuk bantal. Bantal yang sudah dipakai bertahun-tahun merupakan tempat terkumpulnya debu, minyak, peluh, sisa-sisa make up, bahkan air liur. Itu sebabnya bantal juga wajib dicuci.

2. Sarang tungau
Makhluk kecil tungau ini memang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Berhati-hati menggunakan bantal yang sudah bertahun-tahun dipakai kerana biasanya ia ‘menyimpan’ makhluk-makhluk mikroskopis yang menjadi punca alergik. Sebenarnya tungau tidak membawa penyakit. Akan tetapi enzim kotoran pada tungau yang menyebabkan alergik. Pada orang yang memiliki asma atau lelah, kehadiran tungau ini boleh menyebabkan gejala asmanya lebih buruk. Selain itu, apabila anda mengalami batuk berpanjangan ataupun mata gatal dan berair itu mungkin kerana tungau dan kotorannya yang melekat pada bantal.

3. Tak pernah dibersihkan
Selain bantal, sarung nya juga harus dicuci secara kerap. Kebanyakan orang tidak tahu bahawa terdapat bantal yang boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh atau dicuci kering (dry clean). Bantal disarankan untuk dicuci setiap 6 bulan dan pastikan dibilas bersih dan dikeringkan dengan baik.

4. Strukturnya berubah
Penggunaan bantal bagi tempoh yang lama semestinya menjadikan bantal tersebut kempis. Ketahanan bantal bergantung kepada cara penggunaan dan penjagaan bantal dalam tempoh tertentu. Sekiranya bantal telah kempis, kemampuannya untuk menampung kepala dan leher tidak sebaik saat pertama kita membelinya.Tidur menggunakan bantal  yang tidak dapat menampung kepala dengan baik akan menyebabkan kita terbangun dengan rasa sakit di leher. 

Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro