Tidur Berkualiti


Hari ini mari baca apa Kak L nak share tips tidur berkualiti yang anda boleh cuba.

1. WAKTU TIDUR YANG TETAP
Biasakan diri anda untuk tidur pada waktu yang tetap setiap malam. Jika telah terbiasa, badan kita akan faham rutin tersebut. Seperti kata pepatah " Alah bisa, tegal Biasa". Elakkan dari tidur yang lama pada waktu siang (kecuali tidur sebentar sebelum waktu Zohor mengikut mengikut sunnah Rasulullah SAW).

2. BERSENAM
Senaman secara teratur pada setiap petang dalam tempoh 15-30 minit boleh membantu menghilangkan ketegangan badan. Dengan melakukan senaman secara konsisten pasti anda akan tidur lena sebelah malam nya.

3. TEMPAT TIDUR
Pilihan bantal dan tilam yang selesa sangat penting. Bantal yang sesuai dapat membantu anda tidur dengan baik. Bantal tidur yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan leher anda terlalu condong ke depan dan berlaku ketegangan otot di bahagian leher belakang serta bahu. Akibatnya, leher terasa kaku dan sukar digerakkan ketika bangun dari tidur. Tilam juga memainkan peranan dalam memastikan kedudukan tulang belakang anda terjaga semasa tidur.

4. PEMAKANAN
Pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang sebelum anda tidur. Jika berasa lapar, makanlah sedikit buah-buahan. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh.

5. EMOSI
Tenangkan perasaan dan elakkan memikirkan apa sahaja masalah yang masih belum selesai sebelum anda tidur. Jika anda tidur dengan keadaan emosi yang berserabut atau fikiran terganggu, biasanya anda akan kerap terjaga semasa tidur. Jangan lupa untuk maafkan orang sebelum tidur.

6. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang seeloknya adalah dengan badan mengiring ke kanan seperti sunnah Rasullah SAW. Jangan lupa membaca doa dan ayat2 pelindung diri daripada gangguan syaitan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro