Cabaran hari ke-13

Memang mencabar nak teruskan penulisan secara konsisten. Tambahan pula Kak L tengah bercuti dan terpaksa menulis blog ni menggunakan handphone.😭😭😭

Jadi story hari ni adalah tentang kenduri kahwin. Kak L pulang ke kelantan ni sebab sepupu buat majlis kahwin. Majlis di pihak lelaki iaitu pihak kami pada hari ni 24/3/19. Sepupu baru Kak L ni orang Perak. Maka bertambah lagi lah salasilah keluarga kami di luar negeri kelantan. Tahniah korang berdua!! Simple kan kalau korang tengok pakaian pengantin. Sempoi..😎

Gambar bersama pengantin
Owh,korang nak tanya menu kenduri ke? Di kelantan ni kebiasaan nya untuk majlis sebelah lelaki tiada kenduri besar pun, hanya di sebut kenduri kesyukuran atau sambut menantu. Maka menu yang biasa dihidangkan adalah laksam, laksa, nasi putih + gulai ayam, nasi putih + ikan singgang @ sup. Sedap kan? 😋 Hari ni ada tapai juga. Tapai pulut tu bukan tapai ubi. Korang zoom sikit gambar di bawah ni nanti nampak ada bungkusan daun tu. Tu la tapai. Dibungkus dengan daun getah. Dulu biasa buat masa nak raya. Teringat pada arwah nenek sebab dia yang ajar Kak L bungkus tapai. 😔 2 malam sebelum raya kitaorang berkumpul untuk bungkus tapai. Seronok buat ramai2. Sekarang kalau suruh buat ntah apa jadi nya tapai tu..😂😂

Bersama ahli keluarga yang hadir

Korang kenal ke ulam2 ni?😄😄
Untuk badan yang sihat dan awet muda, memang kena banyak makan ulam. Ni kata orang2 lama ye. Bukan semua orang boleh telan ulam2 ni. Kak L pun tak boleh makan buah kerdas tu. Kenal tak yang mana? Hahaha.. Yang warna coklat gelap macam nak bulat bentuknya tu la buah kerdas.

Gambar bersama adik beradik yang ada
Kami ada enam beradik. Semasa majlis ni ada dua orang tak dapat hadir. Sorang bermastautin di myanmar dan sorang lagi suami nya tak dapat cuti.😂 


Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro