Perniagaan Itu Tarbiah


Entry hari ni Kak L tertarik nak cerita apa hikmah yang tersembunyi daripada berniaga. Bagi Kak L, selain dari untuk mencari pendapatan sampingan, perniagaan sebenarnya adalah tarbiah untuk diri kita. Tarbiah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri mencari redha Allah. Orang yang berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka meletakkan kebergantungan rezeki itu sepenuhnya kepada Allah untuk mendapatkan hasil jualan. Walaupun banyak berniaga online,tapi ada perkara telah mengubah pemahaman Kak L tentang konsep rezeki. Apabila kita berniaga, kita harus percaya Allah adalah pemberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA. Kita hanya akan buat kerja dan terus berusaha.

Dengan berniaga, kita akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia. Kita dapat belajar bagaimana untuk berhubung dengan manusia melalui cara yang berbeza. Selain itu, akan terbina ukhwah dan silaturrahim. Kita akan kenal ramai orang baru yang terdiri daripada setiap lapisan masyarakat : tua dan muda, miskin dan kaya.


Melalui perniagaan kita akan melihat kepelbagaian budaya dan akan terhasil idea untuk menghasilkan produk yang terbaik. Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah semestinya untuk menjadi kaya tetapi lebih kepada untuk memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan yang sepatutnya kita miliki. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiah diri untuk menjadi hamba.

Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro