Monday Blues

Gambar dari google

Biasa nya hari isnin ni mood nye lain macam. Antara dua je, samada suram atau ceria.. Kalau bangun pagi dengan mood yang baik dan ada rasa syukur maka sepanjang hari semua berjalan dalam keadaan baik sampai lah ke waktu tidur semula. Tapi kalau bangun pagi dah start dengan perasaan marah, sepanjang hari mood kita akan terganggu. Ada je perkara yang kita nak hangin.😔😔

Macam tu jugak dengan anak2 kita. Setiap hari tugas berdiri di pagar sekolah menyambut kedatangan anak2 murid memang mencabar. Pelbagai ragam ibu ayah dan anak2 yang boleh dilihat. 

Apa yang mencabar tu? 😰
Haaa.. ada murid yang tak nak turun kereta, yang berguling depan pagar, tarik baju mak tak nak lepas, yang meraung tak nak masuk kelas. 😂 Alhamdulillah sekarang dah kurang tapi masih ada yang begitu. Sabor je la ye dak..? Apa yang saya boleh share kan pada parents tu untuk cuba tips guna minda separa sedar anak tu. Masa anak hampir terlena tu, cakap kat anak apa yang mak ayah nak dia buat esok. Contoh harapan mak ayah nak tengok kakak pergi sekolah esok dengan tenang, gembira. Benda ni kena ulang buat byk kali. Maka kena istiqomah la.😅 InsyaAllah apa yang ibu ayah tu bisik kan kat anak tu akan melekat dalam minda dia. Minda separa sedar ni tak kan menolak apa yang kita cakap kat anak tu sebab masa tu dia tak sedar. Semua dia absorb masuk. Hehehe..😝  Kalau sedar, belum tentu dia nak dengar.

Alahai, dah lewat petang nak story panjang2. Nanti saya share lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro