Nak sambung cerita sikit dari entri pertama dulu camana Kak L boleh terjebak dengan aktiviti membantal ni. 😉Selepas dah berjaya menjadi reseller DAG, Kak L giatkan lagi usaha untuk memperkenalkan bantal ni kepada kawan2 dan juga sedara mara terdekat. Kita ni bila berniaga stok ada kat tangan rasa konfiden nak cerita kat orang. Tambah pulak kita sendiri dah guna kan bantal tu. Best ke tak best, kita boleh share dengan orang lain. Mula2 memang menung jugak fikir camana nak ambil stok banyak sebab tempat nak simpan x de.😂😂😂 Tak pe, usaha sumbatkan jugak la stok tu kat rumah. Maka siapa yang datang rumah Kak L nampak la bantal2 putih gebu tu kat ruang depan pintu.😆😆
|
Gambar dengan GML DAG suatu masa dahulu |
Masa kami start membantal ni orang belum kenal sangat lagi jenama DAG.. Brand ni kira baru la jugak. Papan iklan kat highway yang korang nampak tu pun belum naik lagi masa tu. So nak gain trust prospek tu susah la jugak. Tapi alhamdulillah akhirnya orang kenal jugak Kak L yang sinonim dengan si bantal gebu. Ibarat nya nampak Kak L ni diaorang nampak bantal. Ada aku kisah? Lagi seronok tau. Bila ada yang terlintas je nak beli bantal diaorang pada Kak L....😜
Mak bantal Kak L sangat banyak membantu sepanjang dalam perniagaan ni. Kak ni bekerja sebagai guru. Korang tahu kan tugas guru sekarang ni camana. Hampir semua perkara kena buat. Jadi nak kata serius membantal tu memang tak dapat bagi komitmen sepenuhnya sebab tugas hakiki banyak kena selesaikan. Walaupun begitu Kak L sayang nak stop berniaga bantal ni berbanding bisnes lain yang Kak L dah buat. Sebab tu masih stay lagi bersama DAG setelah 2 tahun berlalu. 💖💖💖💖
Ok korang, bila2 nanti kita sambung lagi story membantal ni ye. Sabar tau tunggu entri seterusnya....😄😄
Comments
Post a Comment