Sakit Datang Tidak Dijemput
Langit tidak selalu nya cerah. Lautan pun tidak selamanya tenang. Ini kan pula manusia yang lemah. Ada masa nya akan jatuh sakit. Mungkin sakit ringan atau mungkin terus kritikal. Allahu 'alam atas segala apa yang berlaku ke atas hambaNya. Tiada siapa yang minta nak sakit, betul kan? Kadang elok tengah buat aktiviti seharian pun boleh terkena serangan jantung. Nauzubillahi minzalik. Setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita merupakan tanda kasih sayangNya dan tarbiah buat kita sebagaimana dijelaskan dalam hadis daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
“Sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan ujian untuk mereka.” (HR Ibnu Majah)
Cerita nya hari ni Kak L nak ke Johor untuk menziarah pakcik yang diserang strok. Terkejut kami sekeluarga masa dapat berita tu. Sebab pakcik ni tak pernah ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sewaktu dengan nya. Kami dimaklumkan pakcik diserang strok sebelah kanan sahaja semasa nak bangun subuh. Doktor kata serangan strok mungkin berpunca dari tahap kolestrol yang tinggi. Sekarang ni dah seminggu alhamdulillah perkembangan semakin positif walaupun masih di hospital. Pemakanan memang menjadi punca utama kita dapat penyakit. Sama2lah kita menjaga pemakanan kita setiap hari agar kekal sihat.
Di bawah ni Kak L share kan doa apabila kita menziarahi orang sakit. Semoga bermanfaat untuk semua yang follow blog Kak L.😃
Comments
Post a Comment