ISTIQAMAH



Istiqamah asal nya dari perkataan bahasa arab. Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa. Dengan erti kata yang mudah faham, istiqamah ni ialah "KONSISTEN" dalam tindakan.

Dalam Islam, istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Buat apa kita nak istiqamah ni? Mesti la ada sebab nya. Betul tak?

Antara sebab nya kerana :

1- Istiqamah menjadi tuntutan agama. Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .(Surah Fusilat Ayat ' 6)

Ertinya:  Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaaNya).....

2- Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diharuskan oleh syarak. Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.


Tahap-tahap Istiqamah
Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:

Istiqamah hati: Sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati dari sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas.  Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.  
Firman Allah Taala. (Surah Al-Furqan ' ayat 32 ) 
Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus )? Diturunkan Al-Quran  dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

Istiqamah lisan:  Memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.

Istiqamah perbuatan:  Tekun bekerja atau melakukan amalan atau apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah. Dengan kata-kata lain istiqamah perbuatan merupakan sikap konsisten dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa.  

Semoga kita semua dapat beristiqomah dalam Ibadah dan perbuatan baik yang dilakukan agar kejayaan yang diimpikan berjaya dicapai.

Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro