Jumaat yang mendung


Setelah selesai tugasan di sekolah hari ni saya baru berkesempatan nak buka facebook dan whatsapp.  Ya Allah, sedihnya dapat berita tentang kes tembakan di Christchurch, New Zealand. Saya kuatkan semangat juga nak buka dan tengok sendiri video yang dishare. Kejadian berlaku di dalam masjid, pada jam 1.40 petang waktu di sana. Kata nya waktu solat Jumaat. Penyerang seorang lelaki aussie yang berusia 28 tahun telah masuk dari pintu hadapan masjid mula menembak 2 orang jemaah yang berada di situ. Kemudian dia terus menuju ke tengah ruang solat di mana ramai jemaah masih ada. Di halakan lagi senapang menembak semua yang berada di situ. Bukan satu, dua das tembakan tapi berpuluh. Yang telah tumbang ditembak pun dia tak puas hati lagi, lalu di halakan senapang dan melepaskan tembakan tu berkali-kali lagi. Allah..... tak tahu nak gambarkan perasaan tengok video yang di share tu. Kejam nya, seperti tiada perasaan. Dia buat live ye dari mula kejadian tu. Ada sumber mengatakan memang dia dah rancang. Bukan nak kata tiba-tiba je stress ambil senapang pergi tembak orang secara rambang. Ni memang DIRANCANG dah lama. Dek kerana benci nya dia kepada Islam sampai begitu tindakan yang diambil. Orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Dikhabarkan juga ada rakyat Malaysia yang terlibat. Tambah pilu bila tengok video selepas kejadian yang penuh teriakan dan tangisan. Difahamkan seramai 40 orang telah meninggal dunia dan 20 orang cedera. Semoga mereka semua tergolong dalam kalangan para syuhada' dan para solihin. Ya Allah, aku pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Engkau lindungilah kami dari segala fitnah dunia ini dan peliharalah Islam di mana jua.


                            INI GAMBAR SALAH SATU MASJID YANG TERLIBAT. Masjid Al-Noor christchurch

SALAM TAKZIAH BUAT MANGSA JEMAAH MASJID DI CHRISTCHURCH
.
Ikuti kisah tersebut di:
http://www.astroawani.com/berita-dunia/tragedi-solat-jumaat-40-terkorban-dalam-tembakan-rambang-christchurch-201233

Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro