Gotong- royong di hari minggu💪💪

Hari ahad biasa nye mengemas rumah dan masak2 ke kan untuk family. Tapi minggu ni ada tugasan pula, di sekolah..😢😢 maka bangun pagi siapkan la anak2 sekali sebelum pergi bergotong royong dengan ibubapa di sekolah. Tengah bersiap ni ada yang wassap nak bantal. Alhamdulillah... Rezeki nak datang tak kira masa.😍😍 Ni la yang Kak L sebut kita kalau berniaga tawakal kepada Allah tu lebih lagi. Orang tak berniaga memang tawakal jugak tapi lain feel nya tu. Korang jangan kecam akak, pulak. Ok jom pergi sekolah!!

Malas la nak cerita panjang2 program hari ni. 😜 Suasana bergotong royong tu korang pun tahu camana rupa nya kan? Maka setelah 2,3jam buat kerja mengemas apa yang patut ada majlis penutup pula. Bila dah dapat duduk baru la terasa ada sakit situ sini. Kaki tiba2 pula rasa lain macam. Esok pagi nak sekolah ni. Jangan macam2 weh..😅😅 Harap esok semua murid behave la. Tak daya dah nak mengangkat, dokong pepagi.

Cuaca pun panas betul dari pukul 10 pagi tadi. Sekarang ni lagi terik yang amat. Korang jangan lupa minum air banyak2. Semoga kita semua sentiasa sihat dan dijauhi dari strok haba. Sebut tentang strok haba ni meh nak share info sikit. Baca tau jangan tengok je..😅



Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro