Salam Syawal 2019

Assalamualaikum semua..
Lama nya tak menjengah ke blog ni. Dah bersawang , berhabuk semua. hehehe... Kak L betul2 tak sempat nak menulis dek kerana banyak sangat urusan yang perlu disetelkan dalam jangka waktu yang singkat. Ramadhan dah pun berlalu pergi. Time Ramadhan lagi la susah nak cari masa menghadap blog ni. Huhuhu.. Pejam celik dah masuk bulan Syawal. Semoga segala amalan kebaikan kita diterima oleh Allah dan kita akan terus istiqomah melakukan segala ibadah tersebut.

Alhamdulillah, walaupun dalam bulan Ramadhan tetap ada rezeki menjual bantal ni. Ada permintaan kerana bantal ni kan merupakan keperluan. Time nak raya ni la orang nak tukar semua yang lama. Baru la Raya, kaaaan?? 😄 Selain yang memang nak membeli bantal, ada jugak yang join kempen tukar bantal lama dengan bantal DAG. Penting tukar bantal yang dah berkulat tau. Bantal tu boleh datangkan penyakit kepada kita. Ada sorang customer ni dah terlepas tempoh kempen tapi disebabkan ada kesedaran bantal lama perlu ditukar, maka dia beli juga dengan harga jualan biasa iaitu sebanyak 8 biji H-Classic. Bantal H-Classic memang banyak permintaan sebab bantal ni antara bantal yang boleh dibasuh dan teksturnya yang "just nice". Kepadatan bantal yang sederhana, empuk dan gebu memang menjadi idaman semua orang.😉😉😉

Customer bantal

Tukar bantal


Comments

Popular posts from this blog

Pelbagai jenis isian bantal

Kitaran Tidur

Beza H-Classic & H Class-Pro